Impak Trump Kepada Pasaran Global, Trump-Volatility!

79

Pasaran tukaran matawang (forex) mendapat impak yang begitu besar berikutan sidang media Trump pada Rabu dan tidak terkecuali pasaran-pasaran yang lain seperti saham dan bon.

Hasil-bon 10-Tahun US (Bond-yield) menjunam dari paras tertinggi Rabu 2.398% ke paras terendah hari ini iaitu 2.307%. Manakala hasil-bon 2-Tahun US turut menjunam dari 1.206% ke paras terendah hari ini di 1.145% dengan harga bon tersebut naik dari $108.31 ke paras tertinggi $108.63.

Dalam pasaran saham pula, S&P500 mencatatkan penurunan dari paras tertinggi Rabu di 2279.35 ke paras terendah di 2260.83 selepas sidang media. Namun begitu, indeks ini telah menguat semula sehingga hampir mencapai paras tertinggi dalam sesi yang sama.

Usd/Jpy turut mengalami nasib sama dengan mengalami kejatuhan sehingga 311 pip sehingga hari ini dari paras tertinggi Rabu 116.86.

Pasaran dilihat seakan kecewa dengan tiada komen yang spesifik tentang polisi fiskal dan perubahan struktur cukai, ditambah lagi dengan pendirian beliau yang terlalu melindungi ekonomi US.

Dalam keadaan sebegini, pasaran berada dalam ketaktentuan yang semakin tinggi yang menyebabkan peningkatan safe haven flow (pengaliran dana kepada instrumen safe-haven) seperti emas, Yen, Swiss franc, dan bon. Kita dapat melihat pengaliran ini dengan peningkatan harga emas, penyusutan bond-yield, dan penguatan Yen dan Swiss Franc.

Walaubagaimanapun, pasaran dijangka mendapat maklumat yang lebih jelas pada 20 Januari ini semasa hari pertama Trump memasuki White House.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat