Impian Walmart Jadi Kenyataan, Pembayaran Kripto Dilaksanakan Pada 2023?

262

“Pantas dan mudah, boleh terus je bayar guna kripto tak payah susah-susah bawa cash. Mydin dengan Giant tak nak buat ke?”

Gedung serbaneka Amerika Syarikat (AS) Walmart berhasrat melancarkan pembayaran berasaskan mata wang kripto setelah sekian lama mendalami dunia teknologi baharu tersebut yang kini sedang berkembang pesat.

Pada awal tahun 2022, Walmart memfailkan tanda dagangan penggunaan kripto untuk kepentingan pembayaran, non-fungible token (NFT) dan lain-lain selepas membuka matanya terhadap potensi aset digital.

Sama seperti kenyataan syarikat gergasi Amazon pada Januari 2023 yang turut ingin membangunkan program NFT dalam tempoh terdekat ini.

Diselusuri lebih terperinci, Amazon bakal melangsungkan koleksi NFT tersendiri pada musim bunga 2023 di samping berusaha membina permainan berasaskan blockchain dan aplikasi berkaitan aset digital secara global.

Berbalik kepada berita Walmart, syarikat tersebut ingin menawarkan enam jawatan kepada individu yang berpengalaman dalam keselamatan siber, kriptografi termasuk teknologi blockchain.

Antara jawatan yang diwujudkannya adalah Pakar Teknikal, Keselamatan Siber, Jurutera Kriptografi dan Jurutera Advanced Systems yang membawa maksud membangunkan serta menaik taraf sistem syarikat.

Hal ini kerana ojektif utama Walmart ialah untuk mengembangkan lagi perkhidmatan mereka bersandarkan aset digital yang mampu memberi pelbagai manfaat kepada pelanggannya pada masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat