Import & Eksport Negara Susut? Ini Data Statistik Dagangan Malaysia Bulan Oktober Yang Perlu Dihadam

387

‘Kira okay lah ni tak jatuh teruk dan ada peningkatan.’

Jumlah dagangan Malaysia mencatat perkembangan 2 digit untuk 21 bulan berturut-turut sebanyak 21.1% pada RM245.18 bilion semasa Oktober 2022 berbanding RM202.4 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

Meneliti data terbitan Jabatan Statisktik Negara (DOSM), nilai eksport naik 15% pada RM131.6 bilion dengan import tambah 29.2% pada 113.5 bilion sementara lebihan dagangan turun 32% pada RM18.1 bilion.

Lonjakan yang berlaku pada import tersebut berlaku untuk 21 bulan berturut-turut hasil dorongan permintaan domestik yang memberangsangkan, peningkatan harga komoditi dan kejatuhan nilai.

Sementara itu, eskport alami peningkatan buat 26 bulan berturut-turut ekoran penurunan permintaan luar negara disebabkan lonjakan harga dan faktor beberapa negara masih berdepan sekatan Covid-19.

Rincian data keseluruhan adalah seperti berikut:

  • Pada sektor pembuatan, nilai eksport naik 12.6% pada RM111.2 bilion sementara nilai import lonjak 23.5%.
  • Bagi sektor perlombongan pula eksport mencatat kenaikan 85.9% pad RM11.2 bilion manakala import mencanak 178% pada RM12.5 bilion.
  • Sektor pertanian memperlihatkan eksport turun 7% pada RM8.6 bilion berbanding penambahan 10.4% pada RM5.7 bilion bagi import.
  • Dagangan bersama rakan ASEAN menyaksikan eksport meningkat 25.3% pada RM38.8 bilion sementara import mencanak 13.6% pada RM24.6 bilion.
  • 3 rakan dagangan utama Malaysia adalah,
    • China (eksport naik 4.3% pada RM18.4 bilion, import canak 21.2% pada RM23.1 bilion).
    • Singapura (eksport raih 26.4% pada RM19.5 bilion, import tambah 9.8% pada RM10.8 bilion).
    • Amerika Syarikat (eksport menokok 8.8% pada RM13.7 bilion, import melonjak 4042% pada RM10.2 bilion).
  • Import dari BEC dan pengguna akhir,
    • Barangan pengantara naik 26.3% pada RM60.6 bilion.
    • Barangan modal tambah 42.1% pada RM11.8 bilion.
    • Barangan penggunaan canak 21.6% pada RM8.8 bilion.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat