Indeks-Indeks Saham Keguguran Ekoran Minit Mesyuarat FOMC

320

Indeks-indeks utama saham susut lagi selepas Federal Reserve (Fed) menerbitkan minit mesyuarat FOMC dengan jangkaan bank pusat itu lebih agresif dalam melaksanakan pengetatan.

Selain itu, penanda aras hasil Perbendaharaan 10 tahun AS naik tetapi sedikit menurun selepas penerbitan minit tersebut.

Butiran minit bagi mesyuarat yang berlangsung pada 15 hingga 16 Mac lalu, menyatakan bahawa pegawai Fed ‘majoriti bersetuju’ untuk mengurangkan US$95 bilion sebulan daripada pegangan aset bank pusat sebagai kaedah lain dalam memerangi inflasi yang melonjak walaupun perang di Ukraine menjejaskan kenaikan kadar faedah AS.

Umumnya pada bulan Mac lalu, Fed telah membuat kenaikan kadar buat kali pertama sejak 2018 dan beralih daripada dasar pelonggaran monetari semasa wabak Coronavirus.

Dalam pada itu, sesi dagangan Wall Street bertukar gelora sebaik pengumuman minit tersebut dengan saham mengurangkan kerugian secara sedikit kemudian melanjutkannya.

Indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 144.67 mata atau 0.42 pada 34,496.51, S&P 500 hilang 43.97 mata atau 0.97% pada 4,481.15 dan Nasdaq Composite turun 315.35 mata atau 2.22% pada 13,888.82.

Menurut Tim Ghriskey, tiada apa yang baru melainkan kenaikan kadar dan kunci kira-kira yang bakal dilaksanakan oleh Fed dalam membendung inflasi serta membantu pertumbuhan ekonomi.

Indeks STOXX 600 pan Eropah hilang 1.53% dan tolok saham MSCI seluruh dunia susut 1.22%.

Di pasaran Perbendaharaan, nota hasil 2 tahun, yang bergerak dengan jangkaan kenaikan kadar, turun 8 mata asas sementara hasil 10 tahun mencatat keuntungan semasa sesi dan keluk hasil 2-10 tahun meningkat.

Hasil nota Perbendaharaan 10 tahun naik 5.5 mata asas kepada 2.609% manakala nota hasil 2 tahun kekal pada 2.504%, meninggalkan keluk 2-10 tahun pada 10.28 mata asas selepas memulakan minggu secara songsang.

Ringkasan mata wang menyaksikan dolar lonjak 99.7780 ke paras tertinggi hampir 2 tahun, ia terakhir naik 0.1% pada 99.588.

Euro turun $1.0896 selepas seketika berada di paras terendah 1 bulan pada $1.0874.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat