Berdasarkan laporan National Australia Bank (NAB) melaporkan indeks keyakinan perniagaan jatuh 9 mata kepada 12 mata pada bulan November. Namun bacaan ini masih lagi postif kerana berada di atas bacaan 5.
Penganalisis telah menjangkakan bacaan pada November akan menunjukkan penurunana berikutan lonjakan pada bulan Oktober.
Ketua ekonomi NAB, Alan Oster mengatakan bahawa pada ketika ini, tumpuan akan diberikan pada faktor yang mendorong kejatuhan dalam keyakinan perniagaan kerana dikhuatiri ia akan memberi impak kepada peluang pekerjaan dan pelaburan.
Kini kadar pendapatan/upah menjadi kerisauan utama dalam perniagaan. Pada bulan Oktober, jualan dan keuntungan menunjukkan perningkatan yang besar namun ukuran/indikasi berkenaan pekerjaan masih lagi mendatar.
Dalam masa yang sama, Australia juga menunjukkan data yang negatif dalam harga perumahan.
Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Australia (ABS), Indeks Harga Perumahan (RPPI) menunjukkan kejatuhan sebanyak 0.2% pada suku tahun ketiga.
Kejatuhan pada suku tahun ketiga, merupakan kejatuhan terbesar sejak suku keempat tahun 2015.