Indeks PMI Perkhidmatan Caixin China Mencatat Pertumbuhan Tertinggi 3 Tahun

68

Aktiviti sektor perkhidmatan China berkembang dengan kadar terpantas apabila mencatat pertumbuhan melebihi paras tertinggi 3 tahun pada bulan Disember.

Indeks PMI Caixin naik kepada paras bacaan 53.9 pada bulan Disember daripada bacaan 51.9 pada bulan November. Bacaan ini merupakan bacaan tertinggi sejak Ogos 2014.

Bacaan diatas 50.00 menunjukkan sektor tersebut mengalami pertubuhan, manakala dibawah bacaan 50.00 menunjukkan sektor tersebut berada dalam kelembapan.

Pertumbuhan perniagaan baru juga bertumbuh dengan kadar terpantas sejak Mei 2015, apabila laporan kaji selidik menunjukkan permintaan klien dan projek baru semakin meningkat.

China sedang memberi tumpuan pada pertumbuhan perkhidmatan dan pengunaan bagi menstabilkan pertumbuhan ekonomi sekarang yang banyak bergantung pada pelaburan dan eksport.

Sektor perkhidmatan merangkumi melebih separuh ekonomi China, dengan peningkatan upah/gaji pengguna, dijangka perbelanjaan akan semakin meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat