Indeks PMI Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan China Memberangsangkan

108

Ekonomi China kekal berkembang bulan ini dengan anggaran menyeluruh dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan menunjukkan pertumbuhan kukuh.

Data rasmi indeks PMI sektor pembuatan kekal di paras 51.2 pada Mei. Jangkaan bagi data kali ini menyusut kepada 51. Bacaan yang melebihi nilai 50 menunjukkan isyarat pengembangan ekonomi di dalam sesebuah negara dan sebaliknya.

Dalam data berasingan, indeks PMI sektor perkhidmatan berkembang pada kadar terpantas selepas merekod paras terendah pada bulan sebelum ini. Indeks ini mengukuh kepada 54.5 pada Mei dari 54.0 sebelum ini.

Tinjauan bagi indeks PMI sektor pembuatan ini dibuat dalam kilang-kilang besar di China termasuk yang dimiliki oleh kerajaan. Tinjauan dibuat kepada sejumlah 4,200 ‘purchasing manager‘.

Turut dikeluarkan minggu ini ialah indeks Caixin China yang berfokus kepada industri kecil dan sederhana.

Ekonomi China telah berkembang 6.9% pada suku pertama 2017, tetapi data-data terbaru menunjukkan pertumbuhan semakin perlahan. Penurunan penarafan oleh Moody’s kepada China minggu lalu menimbulkan kebimbangan terhadap ekonomi kedua terbesar dunia ini.

Dalam masa yang sama, perbelanjaan pengguna kekal kukuh dan harga kilang menunjukkan trend yang menggalakkan. Faktor ini sepatutnya mengimbangi kebimbangan terhadap pertumbuhan yang semakin perlahan.

Walaubagaimanapun, pengembangan ekonomi China dijangka melemah dalam beberapa tahun lagi di mana China mengubah ekonomi kepada berasaskan kredit, pelaburan dan pengeluaran kilang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat