Indeks Sektor Perkhidmatan US Capai Paras Tertinggi Sejak 9 Tahun Lalu

55

Aktiviti ekonomi dalam sektor perkhidmatan Amerika Syarikat meningkat pada bulan lalu untuk kali ke-94 berturut-turut.

Bacaan indeks ISM non-manufacturing PMI (sektor perkhidmatan) naik ke paras 60.1 daripada 59.8 sebelum ini. Jangkaan untuk data kali ini adalah 58.5.

Bacaan melebihi 50 menunjukkan aktiviti ekonomi yang berkembang dan sebaliknya di bawah 50 menggambarkan aktiviti ekonomi yang merosot.

Anthony Nieves, pengerusi Institute for Supply Management (ISM) berkata bacaan pada Oktober adalah yang tertinggi sejak 2008.

“Sektor bukan pembuatan merekod kenaikan tiga bulan berturut-turut. “Komen-komen daripada responden menunjukkan keadaan perniagaan yang positif pada permulaan suku keempat 2017.”

Indeks aktiviti perniagaan meningkat kepada 62.2 bulan lalu berbanding 61.3 pada September.

Indeks tempahan baru pula merekod bacaan 62.8 meleset daripada 63.0 sebelum ini.

Indeks pekerjaan meningkat kepada 57.5 bulan lalu dari 56.8 sebelum ini.

Indeks harga jatuh kepada 62.7 dari 66.3 sebelum ini.

Bacaan yang meningkat ke paras tertinggi sejak bacaan data ini diperkenalkan pada 2008 telah menyokong US dolar sejak pukul 10 malam tadi.

Kini pasangan matawang EUR/USD membuat penurunan, USD/JPY membuat kenaikan dan GBP/USD menyambung penurunan selepas mencapai paras tertinggi pada Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat