Indeks US Dolar Pulih Pada Pasaran Eropah

85

Dolar pulih sedikit berbanding matawang utama yang lain selepas minit mesyuarata FOMC pagi tadi meningkatkan keraguan para pelabur tentang kenaikan kadar faedah bank pusat tahun ini.

Indek US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain meningkat 0.15% kepada 93.56 setakat jam 4.50 petang selepas jatuh daripada paras tertinggi 94.05 semalam.

Pegawai-pegawai Fed mempunyai pandangan berbeza tentang kenaikan kadar faedah. Bagi mereka yang mengundi supaya kadar dikekalkan, menggunakan bacaan data inflasi yang bergerak perlahan sebagai sokongan dan tiada tanda yang jelas bahawa trend ini hanya bersifat sementara.

Manakala ada diantara mereka setuju jika bank pusat eneruskan pelan kenaikan kadar faedah berkala tahun ini bagi mengelak risiko kenaikan kadar inflasi melebihi sasaran 2% secara tiba-tiba selain dapat mengurangkan pegangan bon berjumlah $4.3 trillion.

Jangkaan peningkatan kadar faedah yang semakin beransur-ansur akan melemahkan dolar, kerena para pelabur mula melihat matawang ini tidak dapat memberi pulangan yang tinggi.

Tekanan dolar juga disebabkan oleh kebimbangan terhadap keupayaan Presiden US, Donald Trump untuk melaksanakan polisi ekonominya juga meningkat selepas beliau membubarkan dua majlis penasihat perniagaan berprofail tinggi.

Matawang dolar lemah berbanding yen dengan USD/JPY susut 0.16% kepada 110.00, jatuh 84 pips daripada paras tertinggi semalam.

EUR/USD pula turun 0.27% kepada 1.1734, menghampiri paras terendah tiga minggu lalu.

Matawang Euro melemah selepas Presiden bank pusat eropah (ECB), Mario Draghi dilaporkan tidak akan mengulas tentang polisi monetari pada persidangan Jackson Hole hujung bulan nanti.

Pasanan matawang GBP/USD  meningkat 0.03% kepada 1.2896. Manakala AUD/USD meningkat 0.26% kepada 0.7946, kelaur daripada paras terendah sebulan yang lalu.

Kadar pengagguran Australia dilaporkan menurun kepada 5.6% bagi bulan Julai daripada 5.7% data yang  dikaji semula bagi bulan Jun. Dan bilangan pekerjaan baru bertambah sehingga 27,900. Data ini dilihat tidak akan mengubah pendirian neutral polisi RBA.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat