India Tidak Mahu Ketinggalan, Sasar Lancar Model CBDC Akhir 2021!

481

Dalam perkembangan terbaru mengenai status matawang digital Bank Pusat India,Timbalan Gabenor T. Rabi Sankar hari ini mengesahkan bahawa Bank Rizab India (RBI) merancang untuk melancarkan model CBDC mereka pada akhir 2021.

Kata Sankar, buat masa ini masih sukar untuk menentukan tarikh yang tepat. Walaubagaimanapun, RBI akan melancarkan model CBDC dalam waktu terdekat ini, berkemungkinan pada akhir tahun ini.

Di tengah tindakan keras RBI terhadap kripto, Gabenor RBI Shaktikanta Das memberi amaran bahawa kripto dapat mendatangkan risiko kepada institusi dan sehinggalah kepada individu kerana ia tidak dikawal. Selanjutnya, beliau mengulas bahawa RBI telah mengumpulkan pasukan petugas untuk mengkaji dan menganalisis kes-kes yang berlaku terkait dengan kripto.

Setakat ini data telah dikumpulkan dan kajian berada di fasa terakhir. Hasil kajian akan diserahkan kepada RBI akhir bulan Ogos untuk tindakan susulan.

Atas dasar itu juga, RBI telah menunjukkan minat terhadap CBDC. RBI bertekad untuk melancarkan CBDC sendiri lebih awal daripada rancangan asal. Sankar juga menyatakan bahawa setelah model operasi diputuskan, India akan mula menerapkan penggunaan CBDC secara berperingkat. Sankar juga menekankan bahawa sudah sampai masanya untuk India ikut jejak langkah negara-negara dunia utama.

Sankar menyebutkan laporan Bank of International Settlements (BIS) yang memaklumkan bahawa 86% bank pusat di dunia sedang meneliti CBDC, 60% dalam fasa uji cuba , dan 14% bank pusat sudah berada dalam fasa praktikal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat