Individu Ini Dikehendaki! Mahkamah Memihak Musk Daripada Twitter

217

‘Macam dalam filem, dapat jumpa sorang ni habis semua terbongkar.’

Menerusi perintah hakim di Mahkamah Chancery Delaware, Twitter Inc diminta mengemukakan dokumen daripada bekas eksekutif syarikat kepada Elon Musk.

Dalam satu kenyataan rasmi mahkamah, Twitter diarahkan untuk mengumpul serta menyemak dan mengemukakan dokumen daripada bekas Pengurus Besar Produk Pengguna syarikat, Kayvon Beykpour.

Hal ini kerana menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla tersebut, Beykpour adalah individu penting dalam mengira jumlah akaun palsu pada platform tersebut dan menjadi kunci kepada penyelesaian perjanjian pemerolehan $44 bilion.

Suka untuk diingatkan faktor utama kegagalan perjanjian pemerolehan $44 bilion tersebut adalah kerana isu akaun bot dan spam Twitter sehingga membawa kepada pertikaian undang-undang.

Setakat ini pihak Twitter mahupun peguam Musk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan termasuk Beykpour.

Sedikit ringkasan mengenai Beykpour, beliau telah keluar dan meletak jawatan dari Twitter pada April lalu selepas Twitter bersetuju dengan terma pemerolehan Musk.

Kini beliau menjadi watak penting dalam kes perbicaraan kontroversi antara Twitter dan Musk, termasuk 21 individu lain yang difahamkan memiliki maklumat mengenai akaun spam tersebut.

Setakat penulisan artikel ini saham Twitter diniagakan canak 0.54% pada $44.50.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat