Individu Misteri Beli 36 Bilion DOGE Adalah Elon Musk?

2,683

Isu DOGE masih lagi menjadi perhatian. Tapi dalam banyak-banyak berita terhangat DOGE yang tular dalam komuniti ini, Team Intraday tertarik dengan pembelian misteri sebanyak 36 bilion DOGE!

Pada 6 Februari lalu, terdapat satu alamat Dogecoin misteri telah menerima 500 DOGE pada transaksi pertama diikuti dengan 60 DOGE dalam transaksi kedua. Tidak lama kemudian, ada lagi dua transaksi yang dijalankan. Data menunjukkan alamat tersebut kini memiliki lebih 27% bekalan DOGE. Peh!

Mulalah timbul spekulasi mengatakan alamat misteri itu berkemungkinan milik Elon Musk. Mana tidaknya, Musk selalu menyebut tentang Dogecoin, mendakwa DOGE sebagai matawang kripto kegemarannya. Belum lagi faktor kenaikan harga yang juga berpunca daripada senarai tweet pengasas Tesla itu sejak daripada April 2020 yang bermula dengan profilnya ditukar dengan ‘CEO DOGE’ sehingga yang terbaru, lampiran gambar roket menuju ke bulan dengan balas, ‘Doge’.

Tapi, itu sekadar hujah. Masih belum kukuh untuk benar-benar yakin bahawa Musk lah orangnya.

Tidak kisahlah siapa pun orangnya, tapi ini perkara yang anda perlu tahu berkenaan pembelian tersebut:

  1. Sesiapa yang membeli Dogecoin, membuat pembelian secara langsung pada harga yang tetap dan bukan melalui pertukaran. Jika seseorang itu mula membeli Dogecoin pada jumlah yang besar di pertukaran, ia akan mendorong kepada lonjakan harga DOGE.
  2. Pembelian 36 bilion Dogecoin membawa kepada perbelanjaan lebih $100,00,00,000. Tiada siapa yang berani mati untuk membelanjakan wang sebanyak itu melainkan sudah ada perancangan rapi bagi memastikan mendapat keuntungan berlipat kali ganda.

Mari pula lihat sebab mengapa Elon Musk merupakan suspek utama:

  1. Musk merupakan antara individu terkaya dan bila-bila masa sahaja boleh membelanjakan wang untuk membeli Dogecoin dalam jumlah yang banyak.
  2. Elon merupakan salah seorang pengasas bersama sistem pembayaran online pertama, PayPal.
  3. Musk pernah mendakwa DOGE tidak mustahil akan menjadi matawang dunia. Yang mana, pastinya akan menjadi plot twist terbesar dalam sektor kripto.
  4. Musk memiliki pengaruh yang kuat dan mudah untuknya memasang strategi menjadikan Dogecoin sebagai matawang kripto diterima dunia sama seperti Bitcoin dan Ethereum.

Tapi, kenapa Musk tidak mendedahkan hal ini jika betullah dia pemilik DOGE itu? Sebabnya:

  1. Jika dia merancang sesuatu yang besar dengan Dogecoin, harga matawang itu pasti akan meningkat. Jika ia berlaku, susahlah untuk dia mendapatkan lebih banyak DOGE pada harga yang murah.
  2. Jika perkara ini didedahkan, ia akan memberi kesan negatif kepada saham SpaceX dan Tesla. Boleh jadi juga berlaku ketidaktentuan besar dalam pasaran saham.

Yang pasti, sesiapa yang membeli Dogecoin dalam jumlah yang besar sebenarnya sudah ada rancangan. Elon Musk sebagai suspek utama dan boleh jadi jika bukan dirinya, mungkin salah satu daripada kenalannya.

Lambat laun identiti pemilik 36 bilion DOGE itu pasti terungkai dengan rancangan besarnya bersama matawang itu.

Apa-apa pun, sekarang musim DOGE. Anda ada beli DOGE tak?

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat