Lagi Sekali?

2,595

Nampaknya Elon Musk masih terhibur mengusik peminat kripto apabila sekali lagi memuatnaik kicauan berkaitan matawang kripto, DOGE sebentar tadi.

Pengasas Tesla dan SpaceX pada awalnya memuatnaik sekeping foto menunjukkan roket melepasi bulan, seakan-akan memberi hint kepada lonjakan matawang kripto.

Kemudian, dia membalas kicauan yang sama dengan: “Doge”.

Musk juga menggelar Dogecoin sebagai matawang kripto orang ramai, “Dogecoin is the people’s crypto”.

Sebelum ini, figura itu pernah mendedahkan dalam temubual di laman aplikasi Clubhouse, bahawa perkara yang paling menggemparkan apabila DOGE menjadi matawang dunia pada masa akan datang.

Siapa yang mengikuti Elon Musk, pasti tahu jutawan ini acapkali memuatnaik “DOGE” sehingga pada satu tahap menggelarkan dirinya sebagai CEO DOGE melalui bio Twitternya pada 1 April 2020.

Selain DOGE, pada akhir Januari Musk juga sempat menukar bio Twitter kepada ‘#Bitcoin’ hingga menyebabkan aset Satoshi Nakamoto melonjak ke paras tertinggi, $37,050.

Seperti biasa, kerana Musk DOGE sekali lagi menunjukkan lonjakan, menghampiri $0.058 ketika penulisan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat