Elon Musk ‘Usik’ Bitcoin Sampai Cecah Lebih $37,000!

1,962

Sektor kripto dikejutkan dengan lonjakan mendadak harga Bitcoin (BTC) sebentar tadi.

Sedia maklum sejak kebelakangan ini raja kripto itu dilihat bergerak perlahan sekitar $32,000 sehingga jam empat petang tadi sebelum tiba-tiba mencatat rekod tertinggi sejak 19 Januari kepada $37,050 sejam yang lalu.

Lonjakan sebanyak 15.7% dilihat berlaku dalam 15 minit.

Tidak pasti apakah yang mendorong BTC mendadak naik namun dipercayai harga aset Satoshi Nakamoto meningkat selepas pengasas Tesla dan Space X, Elon Musk menukar maklumat bio-nya di laman Twitter dengan ‘#bitcoin’.

Tidak dinafikan, komuniti Bitcoin berminat untuk Musk menyertai sebagai pelabur namun jutawan dunia itu lebih selesa tampil sebagai penyokong hingga menyebabkan lonjakan harga matawang kripto, sama seperti Dogecoin (DOGE).

Tidak pasti sejauh mana lonjakan Bitcoin ini akan bertahan.

Dalam analisis terbaru CryptoQuant “Exchange Whale Ratio” menunjukkan transaksi aliran masuk bitcoin 10 teratas dalam satu jam yang dibahagikan dengan jumlah aliran masuk pertukaran telah meningkat pada ketinggian lapan bulan, 0.88 pada hari ini, menandakan potensi penyusutan harga BTC.

CEO CryptoQuant, Ki-Young Ju menerusi kicauan Twitter menjelaskan tweet Musk dianggap telah berjaya mengatasi seluruh penurunan harga matawang yang lain.

Lonjakan harga terbaru juga menandakan peningkatan dari julat dagangan $30,000 sehingga $35,000, menunjukkan berlaku banyak pembelian aset.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $36,629, meningkat 16.7% dalam tempoh 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat