Kuasa r/WallStreetBets Bawa DOGE Melonjak Lebih 380%

2,480

Selepas pengasas Tesla, Elon Musk memuatnaik kicauan, “One word: Doge di laman Twitternya pada Disember 2020, matawang kripto DOGE, mula menjadi tumpuan pelabur.

Satu laporan terbaru mendedahkan matawang yang diinspirasikan dari meme Internet, shiba inu itu menyaksikan lonjakan lebih 250%, daripada $0.0074 kepada $0.28 dalam tempoh kurang daripada 12 jam.

Ketika penulisan, DOGE didagangkan pada $0.036, melonjak 385% dalam 24 jam dengan jumlah permodalan pasaran mencecah lebih $4 bilion.

Rupanya, para pelabur kecil di r/WallStreetBets laman Reddit yang berkait rapat dalam kerugian besar pelabur institusi Wall Street dalam aktiviti jual beli saham GameStop (GME) tempoh hari telah beralih kepada sektor kripto.

Puncanya bermula dengan pemilik akaun Twitter @WSBChairman (dipercayai tidak berkaitan dengan r/WallStreetBets), telah memuatnaik kicauan berkias dengan menyebut, “Has Doge ever been to a dollar?”.

Susulan daripada itu, kebanyakan pengguna subreddit itu telah memuatnaik pelbagai postings, menggalakkan para pelabur untuk membeli DOGE selepas Bursa Saham New York (NYSE) menghentikan perdagangan GME.

DOGE juga secara tidak langsung menjadi altcoin pertama yang berjaya mengatasi Bitcoin (BTC) berdasarkan jumlah kekerapan tweet di Twitter, dengan rekod keseluruhan mencecah 1,787% iaitu sekitar 89,991 kicauan dalam 24 jam.

Berdasarkan CoinMarketCap, Dogecoin kini berada di kedudukan ke-13 selepas berjaya mengatasi Uniswap (UNI), Aave (AAVE), EOS dan Tezos (XTZ).

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat