Rakyat Malaysia dah bersedia untuk cukai lebih tinggi?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, telah mengumumkan pengenaan cukai sebanyak 20% dan lebih lagi kepada individu berpendapatan lebih RM100,000 bermula tahun hadapan.
Dalam ucapannya di penggulungan RUU Perbekalan 2025, Amir Hamzah menyatakan cukai ini merangkumi mereka yang memperoleh pendapatan melalui gaji dan dividen syarikat persendirian.
Bagi pemilik syarikat yang menerima gaji dan dividen, cukai syarikat boleh meningkat sehingga 30% sementara pemilik yang hanya menerima dividen akan dikenakan cukai syarikat sebanyak 20%.
Tambahan pula, cukai dividen adalah wajib untuk semua pemegang saham dalam syarikat tersenarai dan tidak tersenarai.
Amir menjelaskan bahawa langkah ini bertujuan memastikan golongan berkemampuan menyumbang kepada hasil negara.
Namun, tarikh bagi penguatkuasaan cukai baru ini masih belum dimuktamadkan dan akan diumumkan kemudian.