Individu Terkaya India Ini Atasi Kekayaan Elon Musk dan Warren Buffet

1,542

Siapa sangka dalam diam pengerusi Reliance Industries Ltd. (RIL), Mukesh Ambani kini memiliki kekayaan bernilai $72.4 bilion.

Secara tidak langsung Ambani mengatasi kekayaan pelopor SpaceX, Elon Musk dan pengasas Alphabet Inc. Larry Page, menjadikan individu tersebut berada di carta keenam terkaya di dunia berdasarkan Bloomberg Billionaires Index.

Setelah saham teknologi mengalami penyusutan di Amerika Syarikat (AS) semalam, Page kini memiliki kekayaan $71.6 bilion, Brin dengan $69.4 bilion dan Tesla Inc. bernilai $68.6 bilion.

Sebelum ini kekayaan direkod adalah $68.3 bilion, mengatasi Warren Buffet yang memiliki kekayaan berjumlah $67.9 bilion pada minggu lalu setelah jutawan itu memberi sumbangan bernilai $2.9 bilion.

RIL yang bermula sebagai sebuah syarikat minyak dan kini beralih kepada industri teknologi, menyaksikan lonjakan saham dua kali ganda dari paras terendah pada Mac.

Syarikat tersebut menerima pelaburan berbilion dolar terhadap unit digital dari beberapa syarikat termasuk Facebook Inc., Silver Lake dan Qualcomm Inc.

Pakar penganalisis juga melaporkan saham RIL melonjak mendadak sejak syarikat itu mengumumkan rancangan mereka untuk mengurangkan hutang kepada sifar pada Mac 2021 dan jualan saham platform digitalnya, Jio Platforms.

Sebaliknya berlaku apabila RIL mengumumkan mereka berjaya capai status bebas hutang, sembilan bulan lebih awal dari tarikh yang dirancang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat