Inflasi AS Jahanamkan USD!

1,063

US dolar junam mendadak selepas data menunjukkan inflasi Amerika Syarikat mencatatkan kejatuhan lebih besar daripada jangkaan pada bulan Mac.

Indeks harga pengguna (CPI) AS meningkat 5.0% tahun ke tahun pada bulan lepas, turun daripada 6.0% yang dicatatkan pada Februari dan sedikit tersasar daripada jangkaan untuk kenaikan 5.1%.

Angka tersebut merupakan kenaikan tahunan terkecil yang pernah direkodkan sejak Mei 2021. Sementara pada asas bulanan pula, inflasi AS meningkat lebih perlahan pada 0.1% daripada 0.4% bulan sebelumnya dan jangkaan 0.2%.

Ekoran itu, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan mata wang utama jatuh menjunam ke sekitar paras harga 101.50.

USD terus melemah selepas minit mesyuarat menunjukkan beberapa pegawai Federal Reserve (Fed) mempertimbangkan untuk hentikan kenaikan kadar akibat krisis perbankan, tetapi inflasi yang tinggi kekal sebagai keutamaan.

Kemerosotan greenback sekali gus memacu lonjakan lebih tinggi mata wang utama, menyaksikan euro mencanak naik ke paras ketinggian terbaharu 2 bulan.

Dagangan pound juga mengukuh, membawanya kembali didagangkan pada paras tertinggi hampir 10 bulan berbanding greenback yang dicapainya minggu lalu.

Selain itu, mata wang yen turut mencatatkan peningkatan tetapi dibataskan oleh pandangan bahawa Bank of Japan (BOJ) akan kekal dengan dasar yang longgar selepas Kazuo Ueda mengambil alih jawatan gabenor.

Dolar Aussie dan New Zealand juga meningkat tetapi pada kadar yang sederhana menjelang penerbitan data pekerjaan Australia.

Sementara itu, dolar Kanada turut menguat dengan sokongan daripada USD yang lemah dan dagangan minyak mentah yang terus mengukuh.

Keputusan Bank of Canada (BOC) malam tadi menyaksikan bank pusat itu memutuskan untuk kekalkan kadar faedah tidak berubah pada 4.50%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat