Inflasi AS Melonjak, EUR/USD Menjunam!

329

Seperti yang dijangkakan, kadar inflasi Amerika Syarikat (AS) melonjak lagi pada bacaan data terbaru yang diterbitkan pada sesi New York semalam.

Bacaan inflasi tahunan melonjak ke paras 8.5% berbanding jangkaan 8.4% daripada paras 7.9% sebelum ini, manakala bacaan bulanan tepati ramalan meningkat kepada 1.2% daripada 0.8% untuk bulan Mac.

US dolar tepati jangkaan penganalisis untuk mengukuh sehingga penghujung sesi New York berakhir namun, pada mulanya US dolar dilihat melemah seketika setelah data diterbitkan.

Seperti yang dapat diperhatikan pada carta harga pasangan EUR/USD, harga sedikit meningkat ke paras 1.09000 susulan reaksi awal pada terbitan data inflasi tersebut sebelum membuat penurunan ke paras terendah terbaru untuk minggu ini.

Penurunan sekitar 80 pips dicatatkan mencecah paras sekitar 1.08200 menunjukkan harga menyambung penurunan pada trend bearish yang masih melihatkan harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Zon support pada 1.0800 menjadi tumpuan untuk diuji pada hari ini yang merupakan zon penting yang telah membendung kejatuhan lebih rendah harga pada dagangan Mac lalu.

Sekiranya harga susut lebih rendah melepasi zon tersebut, sasaran seterusnya harga dilihat pada sekitar 1.0700 untuk penurunan yang diteruskan harga sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 2 tahun.

Namun, waspada sekiranya pergerakan harga selepas ini tersasar daripada jangkaan penurunan, kenaikan harga boleh berlaku dan memberi kejutan dalam pasaran.

Untuk kenaikan harga, zon rintangan awal adalah pada 1.09000 bakal diuji sebelum kenaikan lebih tinggi akan menuju ke paras rintangan 1.1000 sebelum ini.

Pelabur akan turut berhati-hati untuk dagangan Euro menjelang keputusan mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) pada Khamis nanti yang bakal mempengaruhi arah pergerakan harga.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat