Inflasi AS Meningkat, Tapi Kenapa USD Menjunam Pula?

1,739

Dolar greenback menjunam lebih rendah mengikuti kemerosotan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun walaupun telah diperlihatkan dengan bacaan data inflasi AS pada bulan September yang memberangsangkan.

Indeks harga pengguna (CPI) AS terus menunjukkan peningkatan dengan menokok 0.4% pada bulan lalu berbanding kenaikan 0.3% yang dijangkakan.

Secara tahunan, CPI meningkat 5.4% daripada 5.3% yang dicatatkan pada bulan sebelumnya. Inflasi teras yang tidak termasuk komponen makanan dan tenaga yang tidak menentu, juga meningkat 0.2% pada bulan lalu, berbanding 0.1% pada Ogos.

Greenback pada mulanya meningkat tinggi selepas data inflasi dikeluarkan, tetapi kembali merosot bersama dengan hasil bon AS. Sesi Asia memperlihatkan indeks dolar didagangkan pada 94.05 berbanding sekumpulan matawang utama.

Selain itu, penurunan USD ini juga mungkin disebabkan oleh pengambilan untung oleh pelabur setelah memacu kenaikan raja matawang itu ke paras tertinggi terbaru satu tahun pada Selasa.

Laporan minit mesyuarat FOMC pula tetap menunjukkan pembuat dasar Federal Reserve (Fed) bersedia untuk memulakan pengurangan rangsangan, di mana pembelian aset akan dikurangkan secara berperingkat yang berkemungkinan bermula pada November.

Junaman USD telah menyokong kebangkitan semula matawang euro dari paras terendah hampir 15 bulan, untuk kembali didagangkan ke sekitar harga 1.1590.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat