Inflasi AS Tepati Ramalan, Pergerakan EUR/USD Lebih ‘Jinak’

216

Pergerakan pasaran dipacu oleh terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) di sesi New York semalam yang menyaksikan US dolar terus didagangkan lemah.

Bacaan tahunan bagi indeks harga pengguna AS menepati ramalan untuk menurun kepada 6.0% pada Februari, masih lagi tinggi namun semakin menuju ke paras sasaran bank pusat.

Justeru, pelabur semakin meningkatkan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) sukar untuk beralih ke fasa pengetatan dasar, selepas pasaran juga digemparkan oleh krisis keruntuhan bank-bank gergasi di AS.

US dolar kekal bergerak lemah namun reaksi pasaran selepas data inflasi diterbitkan lebih suram daripada yang dijangkakan.

Dapat diperhatikan pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD bergerak agak mendatar dalam julat sekitar 50-60 pips pada Selasa semalam, berlegar di atas paras 1.07000.

Walaupun tidak melepasi ketinggian pada Isnin, harga kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut menunjukkan pergerakan masih dalam trend bullish.

Kenaikan dijangka akan diteruskan ke paras 1.08000 pula untuk catatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu.

Paras lebih tinggi masih boleh dicapai, namun pelabur berkemungkinan berwaspada menantikan pula terbitan data indeks harga pengeluar (PPI) AS malam ini pula.

Pelabur perlu tetap bersedia untuk perubahan arah harga sambil menilai isyarat-isyarat awal yang muncul pada carta harga.

Sekiranya harga mula bergerak di bawah paras sokongan MA50 dan melepasi paras 1.07000 semula, bersedia untuk corak penurunan harga bakal bermula kembali.

Untuk jangkaan bagi penurunan semula, harga dilihat akan kembali singgah ke paras tumpuan 1.06000 atau menuju sehingga ke zon support 1.05000.

Pelabur juga akan memerhatikan pergerakan mata wang Euro menuju mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) pada Khamis nanti.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat