Inflasi AS Turun, Pelabur Tak Mahu Pegang Emas Dah?

1,473

Kehangatan inflasi Amerika Syarikat yang mula mereda pada bulan Julai menyebabkan pelabur melepaskan pegangan terhadap logam berharga emas yang dianggap sebagai lindung nilai inflasi.

Pada sesi Asia, emas didagangkan susut pada $1,787 per auns manakala niaga hadapan emas pula sedikit merosot pada $1,803 per auns.

Logam kuning itu pada mulanya melonjak tinggi menyentuh paras ketinggian lima minggu pada $1,807 sebelum jatuh semula memadamkan keuntungan tersebut.

Indeks harga pengguna (CPI) AS tanpa dijangka meningkat lebih perlahan daripada dijangkakan dengan peningkatan 8.5% tahun ke tahun pada bulan lalu, berbeza daripada ramalan pasaran untuk kenaikan 8.7%.

Bacaan yang diterbitkan itu juga menurun daripada peningkatan 9.1% yang dicatatkan pada bulan Jun.

Walaupun menurun, tetapi para pembuat dasar Federal Reserve (Fed) masih menegaskan bahawa bank pusat itu akan mengekalkan pendirian untuk meningkatkan kadar faedah.

Namun begitu, pelaksanaan kenaikan kadar oleh bank pusat mungkin kurang agresif dengan pelabur kini menjangkakan peningkatan sebanyak 50 mata asas pada bulan September.

Walaupun inflasi telah mula mereda, ini bukan bermakna emas tak boleh naik dah memandangkan banyak lagi faktor lain yang boleh memacu kenaikan logam itu seperti risiko kemelesetan global dan ketidaktentuan geopolitik Rusia-Ukraine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat