Inflasi Jerman Melonjak Lagi! Bakal Beri Tekanan Pada ECB?

345

Bank Pusat Eropah (ECB) tampaknya tidak terlepas daripada ancaman lonjakan inflasi seperti bank pusat utama lain di seluruh dunia, setelah indeks harga pengguna (CPI) Jerman sekali lagi mencatat rekod tertinggi baharu.

Menurut data yang dikeluarkan Pejabat Perangkaan Persekutuan pada Isnin, harga pengguna meningkat 6.0% tahun ke tahun pada bulan November daripada 4.6% yang dicatatkan pada Oktober.

Bacaan itu adalah kadar tertinggi yang direkodkan sejak Januari 1997, sekali gus meningkatkan lagi tekanan terhadap ECB. Sementara indeks harga pengguna nasional pula melonjak sebanyak 5.2% tahun ke tahun, paling tinggi sejak Jun 1992.

Bagaimanapun, penggubal dasar ECB, Isabel Schnabel memberitahu kenaikan itu tidak mengejutkan bank pusat walaupun angka terbaru yang dicatatkan lebih kuat daripada diramalkan pada mulanya.

Tambahan daripada itu, Schnabel turut mengatakan bank pusat percaya bahawa inflasi memuncak pada November dan akan beransur-ansur kembali menunjukkan penurunan pada tahun depan. Oleh itu, masih terlalu awal untuk mempertimbangkan kenaikan kadar faedah.

Data anggaran awal inflasi Zn Eropah akan dikeluarkan pada sesi Eropah hari ini, di mana ia dijangka menunjukkan peningkatan kepada 4.5% pada bulan November daripada 4.1% yang dicatatkan sebelumnya.

Sementara itu, mata wang euro mendapat sedikit kekuatan untuk meningkat pada sesi Asia, seiring dengan penyusutan yang dipaparkan dolar greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat