Inflasi Malaysia Tak Turun, Apa Nak Buat Ni?

570

Tampaknya penurunan dalam kadar inflasi Malaysia gagal diteruskan selepas ia dilaporkan tidak berubah pada 3.7% tahun ke tahun pada bulan Februari.

Ini sekali gus menunjukkan bahawa bacaan inflasi kekal pada paras terendah sejak Jun 2022, setelah turun dari puncak 4.7% yang dicatatkan pada bulan Ogos.

Sementara itu, inflasi teras (tidak termasuk harga makanan segar yang tidak menentu dan subsidi kerajaan) juga kekal pada 3.9%.

Pada asas bulanan pula, inflasi meningkat 0.2% pada bulan lepas.

Berikut merupakan perincian lanjut mengenai inflasi pada bulan Jun:

  • Makanan dan minuman bukan beralkohol canak 7.0% daripada 6.7%
  • Sektor pengangkutan turun 3.7% daripada 4.0%
  • Sektor restoran dan hotel lonjak 7.4% daripada 6.8%
  • Sektor penjagaan perumahan, perabot dan perkakasan perumahan susut 3.4% daripada 3.5%
  • Sektor barangan dan perkhidmatan lain meningkat 2.5% daripada 2.3%
  • Sektor rekreasi dan budaya jatuh 1.7% daripada 2.7%
  • Sektor perumahan, air, elektrik, gas dan bahan bakar naik 1.7% daripada 1.5%
  • Sektor pendidikan naik 1.6% berbanding 1.3%
  • Sektor kesihatan tambah 1.8% daripada 1.6%

Daripada butiran tersebut dapat dilihat bahawa inflasi makanan terus meninggi pada bulan lepas yang menyaksikan kenaikan bagi kesemua subkumpulan makanan di rumah seperti daging (9%), beras, roti dan bijirin (6.7%) serta sayur-sayuran (5.8%)..

Selain itu, inflasi di kawasan bandar naik kepada 3.8% berbanding 3.7% sebelumnya dan kawasan luar bandar turut meningkat pada 2.9% daripada 2.7% sebelumnya.

Malaysia kekal mencatat bacaan inflasi terendah berbanding beberapa negara lain, Eropah (8.5%), Amerika Syarikat (6%), Filipina (8.6%), Indonesia (5.5%), Thailand (3.8%) dan Korea Selatan (4.8%).

Nak tahu lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom join komuniti kami! ~ KLIK sini 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat