Inflasi Switzerland Kekal Di Paras Tertinggi 29 Tahun

148

Tekanan harga yang dialami Switzerland sedikit mereda apabila data yang diterbitkan pada awal sesi Eropah menunjukkan inflasi di negara itu kekal stabil pada bulan Julai, kurang daripada jangkaan pasaran.

Bagaimanapun, kadar inflasinya kekal berada pada paras tertinggi 29 tahun, melebihi julat sasaran 0-2% oleh Bank Negara Switzerland (SNB).

SNB sebelum ini telah meningkatkan kadar faedahnya pada bulan Jun buat pertama kali dalam tempoh 15 tahun disebabkan inflasi yang meninggi.

Indeks harga pengguna (CPI) tahunan Switzerland dilaporkan kekal tidak berubah pada 3.4% pada bulan lalu, meleset daripada jangkaan pasaran untuk meningkat 3.5%.

Ini berlaku susulan kejatuhan dalam harga minyak pemanas, pakaian dan kasut telah mengimbangi harga yang tinggi untuk gas dan penginapan tambahan.

Selain itu, CPI teras (tidak termasuk harga bahan api dan makanan yang tidak menentu) turun 0.2% berbanding Jun dan meningkat 2.0% tahun ke tahun.

Mata wang Swiss Franc sedikit merosot berbanding US dolar dan euro susulan penerbitan data ini.

Pengerusi SNB, Thomas Jordan memberitahu bahawa tekanan inflasi yang berterusan bermakna pengetatan dasar selanjutnya mungkin diperlukan.

Ini menunjukkan bahawa bank pusat itu mungkin akan meneruskan kenaikan kadar tetapi pada kadar yang lebih perlahan disebabkan inflasi yang kekal stabil pada Julai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat