Inflasi U.K. Jatuh: Gabenor Carney Menenangkan Semula Pasaran

29

Inflasi Britain pada bulan Oktober dilaporkan jatuh pada Selasa, tetapi Gabenor Bank of England Carney menyatakan harga akan terus meningkat berikutan tekanan kepada kos perkilangan yang disebabkan kejatuhan Pound Sterling.

Consumer Price Index, CPI (Indeks Harga Pengguna) melemah kepada 0.90% pada Oktober berbanding 1.0% pada September. Data ini lebih rendah daripada ramalan penganalisis iaitu 1.10%.

Dalam testimoni Gabenor Carney semalam, beliau mengatakan tidak akan menyambung tempoh jawatannya yang akan berakhir pada Jun 2019. Dia juga menegaskan keputusannya untuk kekal sehingga 2019 adalah berikutan kemahuannya untuk memberikan kestabilan pasaran dalam tempoh yang mencabar ini.

Melihat kepada polisi monetari, dia menegaskan dalam kenyataannya (forward guidance) panduan kehadapan dalam pasaran berkaitan pendirian semasa bank pusat dalam monetari. Berikutan data inflasi yang rendah, Carney melegakan impak data ini kepada pasaran dengan mengatakan, “inflasi masih akan meningkat terutamanya harga pengeluar yang kukuh berbanding jangkaan”.

Pihak bank masih lagi melihat Brexit sebagai fokus utama mereka dan menurut mereka sebanyak 45% perniagaan menyatakan Brexit akan memberi kesan kepada mereka dan 20% menunjukkan akan memberi kesan kepada keputusan pelaburan yang akan dibuat.

Ketika ini, Bank-bank besar antarabangsa yang beroperasi di UK sedang bersiap sedia untuk memindahkan operasi mereka keluar dari U.K. pada awal 2017 disebabkan ketidaktentuan tentang hubungan antara U.K. dan Kesatuan Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat