Menjadi tumpuan pada pembukaan sesi Eropah petang ini adalah terhadap terbitan data inflasi UK yang terbaru yang menjadi tumpuan bank pusat, menyusuli laporan pekerjaan semalam.
Bacaan tahunan indeks harga pengguna UK untuk bulan Mac menurun kepada 3.2% daripada 3.4% sebelum ini, berada sedikit tinggi dari paras jangkaan pasaran iaitu 3.1%.
Namun ini adalah kadar yang terendah berjaya dicatatkan sejak September 2021 selepas inflasi UK tertinggi dicatatkan pada Oktober 2022 mencapai paras 11.1%.
Mata wang Pound menunjukkan reaksi positif selepas data diterbitkan dengan didagangkan meningkat.
Pelabur yang memerhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY ingin melihat sama ada harga mampu menembusi zon rintangan 192.800 yang diuji sejak minggu lalu.
Harga telah paparkan kenaikan semula pada pembukaan awal minggu setelah berlaku terjunan ketara ketika penutupan dagangan penghujung minggu lalu.
Sekiranya kenaikan lebih tinggi berjaya diteruskan, harga bakal menguji pula paras ketinggian yang berada pada 193.500.
Paras tersebut merupakan rintangan tertinggi yang dicapai harga pada Mac lalu yang menjadi rekod paling tertinggi sejak tahun 2015.
Jika zon rintangan 192.800 gagal untuk dilepasi, berkemungkinan harga berisiko untuk alami kejatuhan semula seperti minggu lalu.
Penurunan boleh mencecah ke zon support 190.00 yang telah dicecah pada Jumaat lalu sebelum lantunan harga berlaku pada minggu ini.
Lihat gambar carta pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG