Inflasi UK Turun, Adakah Ini Petanda Baik Buat BOE?

190

Selain Amerika Syarikat, bacaan data inflasi UK turut mengejutkan pasaran dengan peningkatan yang lebih perlahan pada bulan November.

Indeks harga pengguna (CPI) tahunan UK meningkat 10.7% pada bulan lalu, lebih rendah daripada jangkaan untuk peningkatan 10.9% oleh pasaran.

Bacaan yang dicatatkan itu juga menurun dari puncak tertinggi 41 tahun yang dicatatkan pada Oktober yang meningkat 11.1%.

Sementara itu, inflasi teras (tidak termasuk harga tenaga, makanan, alkohol dan tembakau) susut kepada pertumbuhan 6.3% daripada 6.5% pada bulan Oktober.

Penyumbang utama kepada penurunan ini adalah harga bahan api yang tidak berubah antara Oktober dan November, berbanding kenaikan 7.2% pada bulan yang sama pada 2021.

Pun begitu, harga makanan dan minuman bukan alkohol meningkat 16.4% pada bulan lalu, iaitu paling tinggi pernah direkodkan sejak September 1977.

Walaupun angka yang dicatatkan dalam tekanan harga mula mereda, namun ia tidak memberi banyak perubahan terhadap prospek kadar faedah Bank of England (BOE).

Penggubal dasar meramalkan inflasi kekal melebihi sasaran 2% sehingga 2024 walaupun ekonomi jatuh ke dalam kemelesetan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat