Inflasi Zon-Eropah Kekal Rendah Susut Kepada 1.3%

29

Harga pengguna Zon-Eropah tidak berubah pada Jun dengan inflasi tahunan susut kepada 1.3% daripada 1.4% yang direkod pada Mei. Bacaan kali ini sejajar dengan jangkaan pasaran.

Inflasi-teras juga menepati jangkaan dengan bacaan meningkat kepada 1.1% daripada 0.9% sebelum ini. Dengan tidak mengambil kira harga tenaga, inflasi dari tahun ke tahun naik dari 1.1% kepada 1.2%.

Terdapat sedikit peningkatan kadar inflasi dalam barangan industri yang meningkat kepada 0.4% dari 0.3%. Inflasi dalam sektor perkhidmatan meningkat kepada 1.6% dari 1.3% pada Mei jika dibandingkan dengan bacaan tahun lalu yang merekod 1.1%.

Presiden Draghi dalam ucapannya pada Jun menyatakan kelemahan inflasi sejak akhir-akhir ini adalah disebabkan oleh faktor sementara dan juga faktor yang biasa dilihat oleh bank pusat dan ECB akan mengkaji perkara ini.

Retorik tersebut menunjukkan bahawa ECB berkeyakinan untuk mula mengurangkan rangsangan polisi monetari khususnya dengan pengukuhan pertumbuhan ekonomi dalam keseluruhan Zon Eropah dan juga pengurangan risiko ke bawah. Peningkatan beransur-ansur dalam harga sektor perkhidmatan juga sepatutnya menggalakkan pengetatan polisi ECB.

Namun, dengan inflasi yang masih rendah dan juga kelemahan pertumbuhan gaji, bank pusat dijangka berhati-hati dalam pengurangan akomodasi monetari dan akan kekal komited dalam pengembangan polisi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat