Infrastruktur Minyak AS Diserang! Operasi Ditutup Serta Merta

2,217

Permulaan dagangan awal minggu memperlihatkan harga minyak mentah kekal stabil, ketika pelabur menantikan perkembangan mengenai serangan siber pada saluran paip bahan bakar terbesar Amerika Syarikat hingga memaksa penutupan semua operasi buat sementara waktu.

Penyerang yang didakwa sebahagian daripada kumpulan jenayah siber bernama DarkSiden dilaporkan telah mengambil hampir 100 gigabyte data dari rangkaian Colonial hanya dalam masa dua jam pada hari Khamis, lapor Bloomberg pada Sabtu.

Situasi tersebut telah menimbulkan kebimbangan bahawa pemadaman itu boleh menyebabkan kekurangan bekalan gas, diesel dan bahan bakar jet.

Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo menyatakan bahawa kerajaan Persekutuan sedang berusaha untuk mengelakkan gangguan terhadap bekalan.

Serangan itu berlaku ketika industri tenaga negara bersiap untuk memenuhi permintaan bahan bakar yang lebih kuat menjelang musim panas, di mana lebih banyak sekatan pergerakan telah diangkat.

Dari segi penawaran, OPEC dan sekutunya, OPEC+ telah memulakan pelonggaran dalam pengurangan pengeluaran minyak mentah secara beransur-ansur.

Memasuki sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat diniagakan meningkat di sekitar $65.40 setong, sementara niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan stabil pada $68.80 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat