Ingatkan Dah ‘Mati’ Rupanya Tidak, Harga BTT Meroket 80% Dalam Sehari!

533

“Mesti semua terkejut BTT tiba-tiba naik macam tu, korang kat sini ada ke yang pegang lagi token tu?”

Harga token BTT diasaskan BitTorrent yang merupakan platform perkongsian fail dibeli oleh Tron pada 2018 telah menyaksikan pendakian sehingga $0.0000011 pada Rabu semalam di tengah-tengah keyakinan jelas tentang blockchain Tron.

BTT yang dikeluarkan pada blockchain Tron telah memberi kejutan pada seluruh pasaran mata wang kripto apabila penggunanya berjaya cecah 200 juta, tetapi sehingga kini masih tiada pemangkin berita untuk kenaikan harga itu.

Meskipun begitu, kenaikan harga BTT telah tercetus sejurus selepas pasaran kripto lebih luas melihat pergerakan sangat positif di mana Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) menggunung ke paras tertinggi 19 bulan.

Bukan itu sahaja, BTT turut mencanak tinggi apabila pengasas Tron Justin Sun berkata bahawa blockchain tersebut sudah memiliki beratus-ratus juta pengguna dan ini membawa makna ia adalah peristiwa penting untuk kebangkitannya.

Susulan Tron mempunyai $8.2 bilion dalam jumlah nilai terkunci (TVL) merentasi protokol DeFi, ia menjadi blockchain kedua terbesar selepas ETH dari segi penggunaan dan TVL termasuk berapa banyak wang pengguna dilaburkan dalam ekosistem kripto tertentu.

Terdahulu, harga BTT telah mengalami kejatuhan drastik susulan daripada penggunanya yang berhadapan beberapa isu seperti transaksi perlahan, penghasilan blok rendah dan skalabiliti yang rendah.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTT melonjak sebanyak 80.35% pada paras $0.00000090 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $863 juta seterusnya merekodkan kenaikan 98.54% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat