Ini 10 Kripto “Losers” Pada 2023! Adakah Kripto Anda Dalam Senarai?

718

“Pelabur jangan kecewa, mungkin kripto ni boleh naik pada masa hadapan.”

Sudah sedia maklum pasaran mata wang kripto yang mengalami pendarahan sejak tahun lepas telah memberi impak negatif kepada beberapa syarikat exchanger kripto, namun ada bernasib lebih buruk. Berikut adalah beberapa aset digital paling mengalami kerugian pada tahun 2023.

Terra Classic (LUNC) (susut -100%)

LUNC adalah platform blockchain yang dilancarkan pada 2019 untuk membangunkan stablecoin algoritma, namun harganya menjunam daripada $1 kepada $0.000168 setakat ini.

TerraClassicUSD (USDC) (susut -96.90%)

USTC ialah stablecoin algoritma bertujuan untuk menjejaki harga dolar Amerika Syarikat (AS) yang dibina di atas blockchain Terra. Pada permulaan tahun, aset digital itu didagangkan pada $1 tetapi secara perlahan-lahan mula jatuh pada $0.031066.

Moonbeam (GLMR) (susut -95.79%)

GLMR memanfaatkan teknologi Ethereum (ETH) dan Polkadot (DOT) sebagai sebahagian daripada rangkaian DOT. Pada awal Januari 2021, aset digital tersebut mencapai paras harga $15.35 namun kini tergelincir pada $0.54.

Harmony (ONE) (susut -91.41%)

Antara tujuan ONE adalah untuk membangunkan transaksi blockchain supaya lagi pantas. Sehingga kini harganya berada pada paras $0.02741 berbanding sebelum ini mencapai $0.37809 pada Januari 2023.

GALA (susut -91.21%)

Walaupun mempunyai latar belakang yang kukuh dalam permainan decentralized, GALA sebelum ini pernah menjunam hingga ke paras harga $0.041096 sebelum naik semula pada $0.04757 dalam tempoh 24 jam lalu.

AMP (susut -89.91)

AMP yang wujud pada blockchain Ethereum (ETH) adalah sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memudahkan pemindahan dana. Pada Januari 2023, aset digital tersebut mencapai paras $0.55503 sebelum jatuh ke $0.00526.

Fantom (FTM) (susut -86.91%)

FTM ialah sistem kontrak pintar berasaskan directed acrylic graph (DAG)* yang pertama di dunia, di mana harganya mencapai paras $3.36 pada awal tahun ini tetapi sehingga kini mula merudum pada $0.52.

*Alat pemodelan atau penstrukturan data yang biasanya digunakan dalam mata wang kripto

Kadena (KDA) (susut -89.08%)

KDA adalah kepunyaan blockchain dengan sistem Proof-of-Work (PoW) yang menjalankan Chainweb. Setakat penulisan ini, harganya berlegar pada zon $1.24 dalam tempoh 24 jam terakhir.

Conves Value (CVX) (susut -88.54%)

CVX kehilangan melebihi 88% daripada nilainya tahun ini, di mana aset digital tersebut menembusi paras $60 namun kini berada pada $6.70.

SUSHI (susut -88.51)

SUSHI ialah token tadbir urus protokol DeFi yang forked* pada Uniswap untuk laksanakan SushiSwap. Sehingga pada masa ini, harga aset digital itu berlegar pada zon $1.45.

*Fenomena teknikal yang berlaku apabila blockchain berpecah kepada dua cawangan berasingan

Berminat nak tahu tentang dunia kripto yang mampu buatkan anda semua ingin menerokainya setiap hari? Jom sertai komuniti kripto kami. – TEKAN SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat