Ini 10 Projek Kripto AI Terbaik Perlu Diberi Perhatian Pada 2023!

925

“Pelabur yang berminat boleh la kaji dengan lebih mendalam dulu, jangan main belasah terus beli pula.”

Projek kripto AI adalah permulaan transformasi digital baharu yang menggabungkan ciri-ciri kripto dan artificial intelligence atau lebih dikenali sebagai AI. Berikut adalah 10 projek kripto AI terbaik pada tahun 2023.

1. The Graph (GRT)

  • Kemudahan mencipta aplikasi decentralized (dApps) pada Ethereum (ETH) dan Sistem Fail Interplanet (IPFS).
  • Menambah baik keseluruhan pengalaman Web3 dan membenarkan sesiapa sahaja mencipta dan berkongsi Application Programming Interface (API).

2. SingularityNET (AGIX)

  • Berusaha membangunkan Artificial General Intelligence (AGI) yang decentralized, demokratik, inklusif dan dapat membantu pelbagai pihak.
  • Mudah untuk membangun, mengedar dan menjual perkhidmatan AI menggunakan teknologi blockchain mereka.

3. Render Token (RNDR)

  • Rangkaiannya menghubungkan pengguna yang ingin melaksanakan tugas render dengan individu mempunyai spare Processors untuk memprosesnya.
  • Misalnya, pemilik Unit Pemprosesan Grafik (GPU) yang juga merupakan pentadbir nod akan memaut ke rangkaian RNDR untuk menjalankan tugas render Octane Render.

4. Fetch.ai (FET)

  • Rangkaian layer-1 ETH yang membolehkan seseorang memaut dan mengakses data peribadi sambil melaksankan tugas secara autonomi melalui ciri blockchain dan AI.
  • Ekosistem FET dipengaruhi oleh sistem AI berbilang gen yang sesuai untuk pelbagai pihak berkepentingan sementara aset digtal FET dapat digunakan bagi membayar aktiviti dalam rangkaiannya.

5. The Oasis Network (ROSE)

  • Menawarkan layer peribadi untuk Web3, di mana Layer Privacy Oasis mudah disepadukan dan mesra pengguna.
  • Bagi memastikan sistem AI selamat dan telus, ROSE menggunakan infrastruktur privasi mereka untuk menangani sebarang isu penipuan.

6. Injective (INJ)

  • Rangkaian blockchain layer-1 yang dicipta untuk aplikasi kewangan decentralized (DeFi) dan tawarkan sistem kewangan “plug-and-play”.
  • Sedang berada dalam proses melaksanakan kontrak pintar auto-executing dengan memasukkan AI ke dalam sistemnya.
  • Pengguna dapat memulakan dApps secara pantas menggunakan layer kontrak pintar Injective CosmWasm melalui ciri automasi.

7. Ocean Protocol (OCEAN)

  • Bermatlamat membuka data kepada banyak individu supaya dapat mengurangkan monopoli organisasi dalam sektor data dan AI.
  • Susulan membenarkan dagangan berlaku pada token kontrak pintar ERC-20, OCEAN boleh menjamin akses terbuka kepada data, kawalan data dan pembangunan rangkaian.

8. Exec RLC (RLC)

  • Merapatkan jurang antara penyedia sumber dan pengguna untuk membina internet yang seterusnya.
  • Menggunakan keupayaan blockchain dan pengkomputeran bagi mewujudkan suasana produktif untuk peminta, pembekal dan pembangun.
  • Blockchain yang melahirkan rangkaian pasaran dalam persekitaran iExec RLC, di mana pengguna dapat memperoleh ganjaran melalui kapasiti pemprosesan.

9. Artificial Liquid Intelligence (ALI)

  • Berfungsi sebagai token pentadbiran platform yang membolehkan pengguna aset digital itu terlibat dalam membuat keputusan.
  • Menyediakan akses kepada dunia inovasi Althea AI dan membenarkan pengguna bekerja merentasi pelbagai inisiatif.

10. Numeraire (NMR)

  • Ekosistem berasaskan ETH yang membenarkan pembangun dan saintis data menunjukkan model pembelajaran mesin yang lebih dipercayai dalam strategi pelaburannya.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat