Ini 2 Pengumuman Binance Yang Harus Di Ambil Tahu Pengguna!

2,505

Binance yang merupakan platform pertukaran kripto terbesar di dunia dengan jumlah dagangan pada hari ini telah mengumumkan bahawa pihak mereka akan menghapuskan ‘pair’ margin dagangan kripto dolar Australia (AUD), Euro (EUR) dan Sterling Pound (GBP).

Binance akan menangguhkan pasangan perdagangan fiat tersebut pada 10 Ogos nanti, diikuti dengan pembatalan semua pesanan yang tertangguh dan kemudian pada 12 Ogos, pair dagangan tersebut akan dihapuskan secara sepenuhnya.

Keputusan untuk menghapus pasangan perdagangan margin AUD, EUR, dan GBP diyakini sebagai langkah pengawalseliaan yang diambil oleh pertukaran kripto sebagai tindak balas terhadap tindakan undang-undang dari Eropah, UK, dan Australia.

Binance telah berhadapan tekanan dari 10 buah negara sejak sebulan yang lalu, di mana pengawal selia telah menunjukkan dua kekhuatiran utama mengenai amalan perniagaan Binance iaitu kekurangan ibu pejabat dan pilihan margin perdagangan yang sangat tinggi. Binance merupakan syarikat perdagangan pertukaran kripto yang memberikan pilihan ‘leverage’ sehingga 125x.

Pilihan ‘leverage’ yang tinggi di platform menjadikannya kegemaran untuk pedagang derivatif namun hal tersebut tidak gemar dalam kalangan pengawal selia kerana risiko yang tinggi. Beberapa negara telah menghadkan akses ke perdagangan ‘leverage’ kripto dan dijangka akan disusuli oleh beberapa negara lain.

Atas dasar itu juga, Ketua Pegawai Eksekutif Binance Changpeng Zhao mengumumkan bahawa Binance akan menghadkan ‘leverage’ hingga 20x sahaja untuk pengguna baru dan kemudian kepada pengguna lama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat