Ini 3 Sebab Mengapa Para Pelabur Perlu Pertimbangkan Saham AI Dalam Portfolio Pelaburan!

430

Era kini merupakan era kecerdasan buatan (AI). Hampir segenap industri menggunakan AI, bermula daripada data analitik kepada kenderaan driveless. Disini admin kongsikan 3 sebab mengapa para pelabur patut menambahkan saham AI dalam portfolio mereka.

1. Menawarkan Peluang Besar Bagi Syarikat

Kecerdasan buatan akan membolehkan syarikat-syarikat dari automotif, kewangan, perindustrian, teknologi, penjagaan kesihatan, dan hampir setiap industri lain menambahkan perkhidmatan dan menjadikan perniagaan mereka lebih efisien.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh PwC, dianggarkan bahawa AI dapat menjimatkan kos dan menambahkan pendapatan melalui peningkatan produktiviti sebanyak $15.7 trilion kepada ekonomi global menjelang 2030.

Amazon merupakan antara syarikat gergasi yang menggunakan kecerdasan buatan bagi menentukan kedudukan produk dalam website mereka, mengenalpasti penawaran terbaik dan pelbagai lagi. Menurut CEO,Amazon, AI adalah sangat penting bagi syarikat itu.

2. AI Bakal Mengubah Industri Automotif

Salah satu perkara yang paling ketara penggunaan AI adalah dalam industri automotif dimana ia merupakan teknologi utama dalam pembangunan driveless car. Alphabet, Google, General Motors dan Tesla merupakan antara syarikat gergasi utama yang menerajui industri ini.

Kecerdasan Buatan diperlukan agar sistem memandu autonomi dapat dijalankan dengan tepat dan dapat memproses jumlah data visual yang diambil oleh kamera dan sensor dengan cepat sehingga membolehkan kenderaan operasi dengan sendiri.

Menurut firma penyelidikan, IHS Markit menganggarkan bahawa menjelang 2040, sebanyak 33 juta kenderaan autonomi akan dijual setiap tahun.

3. AI Assistant Semakin Digunakan Dalam Kehidupan Seharian

Pembantu digital berkuasa AI seperti Siri, Alexa, Google Assistant, Cortana dan lain-lain telah menjadi sebahagian teknologi yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Google Assistant membolehkan pengguna menggunakan suara untuk mencari informasi, alat peringatan, penghantaran mesej dan mencari arah memandu. Siri pula membolehkan pengguna Apple mencari fail pada komputer mereka.

Seperti yang kita dapat lihat sekarang, AI sedang mengubah hampir setiap industri. Sebagai pelabur anda boleh mempertimbangkan untuk melabur dalam saham-saham kecerdasan buatan yang sesuai dengan strategi pelaburan anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat