Ini 3 Senario Yang Harus Diperhatikan Oleh Trader USD Menjelang Mesyuarat FOMC

1,680

Mesyuarat the Fed pada kali ini, pasaran menjangkakan the Fed akan menurunkan kadar faedah buat pertama kali sejak krisis kewangan global dengan jangkaan kadar faedah akan diturunkan sebanyak 25bp. Penurunan kadar faedah tidak begitu mengejutkan pasaran kerana hal ini telah dijangka sejak pengumuman monetari pada bulan Jun.

Pasaran setidak-tidaknya menjangkakan sebanyak 25 mata asas kadar faedah akan diturunkan namun hal tersebut bukan tumpuan utama yang harus ditumpukan. Perkara yang harus ditumpukan oleh pedagang US dolar terutamanya ialah pada petunjuk akan datang dan bilangan undian.

Menurut penganalisis, terdapat beberapa alasan bahawa the Fed akan memberi indikasi mengenai kadar potongan faedah yang diperlukan pada tahun ini. Berdasarkan mesyuarat bank pusat pada bulan lalu, perubahan polisi monetari adalah berdasarkan pada data akan datang.

Jika dilihat pada data lepas aktiviti pembuatan dan sektor perkhidmatan bertumbuh perlahan namun data NFP bertumbuh kukuh pada bulan Jun. Jualan runcit teras juga berkembang pada kadar yang pantas.

Kebanyakkan penggubal polisi AS menyokong kadar faedah diturunkan sebanyak 25 mata bagi mengelak risiko. Beberapa penggubal dasar pula menyokong potongan kadar sebanyak 50 mata asas, setidak-tidaknya seramai 7 penggubal dasar. Ini menunjukkan terdapat ruang untuk penurunan kadar faedah lanjutan. Walaubagaimanapun ini dapat memberi ancaman kepada ekonomi AS kerana ketidakpastian dalam hubungan perdagangan AS-China. Disis lain aktiviti pembuatan mencatat pertumbuhan yang perlahan dan pertumbuhan pekerjaan dijangka akan bertumbuh perlahan pada Julai.

Menurut penganalisis Kathy Lien , jika anda pedagang US dolar, ini 3 senario yang harus diperhatikan.

Senario 1 : Jika the Fed memutuskan kadar diturunkan sebanyak 25 mata dan Jerome Powell tidak memberi indikasi tentang tindakan pada masa akan datang. Terdapat kebarangkalian US dolar akan mengukuh terutama pada pair USD/JPY, USD/CHF dan EUR/USD.

Senario 2 : Jika 2 atau lebih ahli FOMC cenderung kepada langkah yang lebih agresif dan Jerome Powell membuka ruang untuk tindakan lanjutan maka kebarangkalian USD/JPY didagangkan dibawah paras  107.50.

Senario 3: Terdapat perselisihan dalam mesyuarat tersebut dan Powell tidak memberi apa-apa indikasi pelonggaran kadar faedah lanjutan. Maka US dolar bergantung kepada kencederungan undian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat