Ini Adalah Punca AUD/USD Jatuh Hampir 80 Pips Hari Ini

110

Pasangan matawang AUD/USD meneruskan penurunan selepas jatuh daripada paras dua minggu tertinggi semalam, memecah paras harga psikologi utama, 0.8000 pada tengahhari Khamis sebentar tadi.

Semalam, Fed telah mengumumkan bahawa mereka akan memulakan normalisasi penyata imbangan pada bulan Oktober, dan unjuran ‘dot plot’ menunjukkan akan berlaku satu lagi kenaikan kadar pada akhir tahun 2017. Secara keseluruhannya, Fed mengeluarkan kenyataan yang lebih hawkish berbanding jangkaan, mengurangkan tekanan pada US dolar dan menekan matawang yang mempunyai hasil pulangan yang lebih tinggi seperti Aussie.

Selain daripada pembelian greenback yang melonjak ketika ini, permintaan terhadap komoditi yang berkurangan terutamanya tembaga yang berkait rapat dengan matawang Aussie turut memberi kesan langsung kepada kejatuhan nilai ketika ini.

Pada jam 1.10 petang tadi, Gabenor RBA (Bank pusat Australia), Phillip Lowe menjelaskan bahawa bank pusat Australia masih belum melihat keperluan kepada pengetatan dasar monetari, sekali gus menolak AUD/USD jatuh lebih rendah ke kawasan 0.7970/65.

Pada jam 3.20 petang, AUD/USD didagangkan pada 0.79518, jatuh hampir 80 pips atau 1.00%

Fokus pelabur kini beralih kepada data pekerjaan dan pembuatan Philly Fed di Amerika Syarikat malam ini, di mana setiap data ekonomi US yang baru akan menjadi pengukur kepada keadaan ekonomi di samping mengukuhkan pandangan Fed untuk menaikkan kadar faedah mereka akhir tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat