Ini Alasan Kenapa Nestle Masih Terus Beroperasi Di Rusia!

1,474

‘Sekat-sekat juga, keperluan asas manusia jangan ditinggalkan.’

Gergasi makanan dari Switzerland, Nestle mempertahankan tindakannya untuk terus beroperasi di Rusia dengan alasan keperluan hak asasi manusia perlu diteruskan walaupun dalam situasi perang.

Pada bulan lalu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky telah menyeru syarikat tersebut untuk memboikot Rusia beberapa kali ekoran pencerobohan Rusia ke atas negara malang itu pada 24 Februari lalu.

Ekoran itu, Nestle telah bertindak menghentikan pelaburan di Rusia termasuk eksport produk kopi Nespresso dan air San Pellegrino, namun syarikat itu tetap menghantar barang keperluan makanan termasuk makanan haiwan, berikutan tekanan aktivis kemanusian mengenai kepentingan keperluan asas seperti makanan.

Menurut Ketua Eksekutif, Mark Schneider, beliau mengambil maklum mengenai kritikan yang dilemparkan terhadap syarikat itu, namun kepentingan utama dalam memastikan bekalan makanan asas perlu disalurkan sama ada perlu atau tidak.

Terang beliau lagi, walaupun dalam keadaan perang, nilai serta prinsip kemanusiaan harus diteruskan dan sebagai syarikat makanan, akses kepada hak asasi adalah penting baginya.

Umum Nestle mereka bukan mahu mengaut keuntungan di Rusia dan sebarang keuntungan yang dijana akan di dermakan kepada kumpulan badan bantuan kemanusiaan di seluruh dunia.

Dalam pada itu, Schneider pernah menyatakan bahawa keselamatan lebih 7,000 pekerjanya di 3 buah kilang dalam Ukraine turut menjadi keutamaan syarikat, selain dilihat turut menyeru slogan keamanan bersama-sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat