Ini Amaran IMF Untuk Ekonomi Asia

6,502

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa ekonomi Asia perlu berhati-hati terhadap risiko ‘spillover’ disebabkan oleh pelaksanaan pengetatan dasar monetari yang lebih cepat dari dijangkakan oleh bank pusat utama.

Dalam terma ekonomi, ‘spillover effect’ adalah impak yang boleh ditimbulkan oleh peristiwa yang tidak berkaitan dalam satu negara terhadap ekonomi negara lain.

Risiko ini dilihat akan lebih memberi kesan kepada ekonomi yang paling terdedah, menurut Timbalan Pengarah Urusan IMF, Kenji Okamura.

Beliau juga memberitahu bahawa ekonomi Asia berdepan pilihan sama ada menyokong pertumbuhan dengan lebih banyak rangsangan atau mengurangkannya untuk menstabilkan hutang dan inflasi.

Dasar pelonggaran Bank Pusat Jepun (BOJ) yang disifatkan oleh IMF sebagai berkesan, bertentangan dengan peralihan global ke arah pengetatan monetari seperti Ameirka Syarikat, UK dan Australia yang telah menaikkan kadar faedah.

Jurang yang semakin besar antara kadar faedah Jepun dan Amerika telah menjadi faktor utama kepada penyusutan mata wang yen ke paras terendah 20 tahun baru-baru ini.

Selain itu, Okamura turut mengatakan bahawa pandemik Covid-19, perang di Ukraine dan keadaan kewangan global yang lebih ‘ketat’ akan menjadikan tahun ini mencabar.

Tambah beliau lagi, pencerobohan Rusia dan sekatan yang dikenakan telah menjejaskan Asia melalui lonjakan harga komoditi yang lebih tinggi dan pertumbuhan perlahan di Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat