Ini Amaran Pertama, Kesatuan Eropah Ambil Tindakan Atas Pendirian UK Terhadap Perjanjian Perdagangan!

628

Kesatuan Eropah merancang untuk menangguhkan keputusan membenarkan ‘clearing houses’ di UK menguruskan pertukaran matawang euro untuk pelanggan yang berpangkalan di Kesatuan Eropah kerana UK telah merancang untuk melanggar sebahagian daripada undang-undang Brexit.

Clearing house dapat difahami sebagai proses sebuah badan pihak ketiga yang bertindak sebagai orang tengah untuk pembeli dan penjual kontrak kewangan yang terikat dengan nilai asas saham, indeks, matawang atau bon.

Penundaan tersebut adalah satu sebagai amaran pertama dari Kesatuan Eropah berikutan pihak UK merancang undang-undang baru yang akan menggantikan bahagian-bahagian penting dalam Perjanjian Pengeluaran Brexit yang dimenterai pada bulan Januari.

Rang undang-undang (RUU) yang diusulkan oleh Boris Johnson pada minggu lepas didapati akan melanggar undang-undang antarabangsa dengan melanggar sebahagian perjanjian Brexit.

Brussels telah menyatakan bahawa pihak mereka akan memberi UK satu jangka waktu yang terbatas untuk akses kepada euro derivatif dari bulan Januari bagi mengelakkan daripada berlakunya pergeseran dalam pasaran.

Suruhanjaya Eropah dijadualkan akan mengumumkan keputusan rasmi pada akhir minggu .

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat