Ini Beberapa Ramalan Kripto Terbesar Untuk April 2023!

1,050

“Pelabur kena berhati-hati sebab selalunya bila tiba masa pergerakan jadi lain pula.”

Susulan prestasi harga Bitcoin (BTC) melihat pengukuhan pada tahun ini, jumlah modal pasaran kripto tidak termasuk aset digital itu telah membuat pergerakan kurang memberangsangkan namun dijangka dapat meningkat 17.94% pada April 2023.

Sudah sedia maklum Binance Coin (BNB) mengalami tekanan jualan apabila syarikat exchanger kripto Binance dan Changpeng Zhao (CZ) dikenakan tuntutan mahkamah oleh Suruhanjaya Dagangan Hadapan Komoditi (CFTC) Amerika Syarikat (AS).

Pun begitu, beberapa penganalisis meramalkan bahawa harga BNB yang sekarang berada pada paras $314 berpotensi untuk tembus melebihi $420 dan mencatatkan keuntungan sebanyak 33.75% pada April 2023.

Menerusi pemerhatian, BNB lebih cenderung untuk menyusut apabila address aktif harian meningkat manakala harga aset digital tersebut biasanya melonjak sekiranya address aktif harian menurun.

Selain itu, memecoin kedua terbesar Shiba Inu (SHIB) berupaya membuat pergerakan bullish dalam masa terdekat ini walaupun harganya sekarang didapati terjun sekitar 2.90% pada paras $0.000011 dalam tempoh 24 jam lalu.

Hal ini kerana SHIB sejak kebelakangan ini sedaya upaya mengembangkan ekosistem memecoin tersebut, di mana pasukannya bakal melancarkan Shibarium.

Kali terakhir SHIB mendaki tinggi adalah pada 9 Januari 2023 susulan meningkat 73% sehingga mencapai paras $0.000151 daripada $0.000091 dalam masa kurang sebulan.

Sekiranya situasi seperti itu berulang lagi, maka harga SHIB berkemungkinan akan melonjak mencapai paras $0.000017 pada seawal bulan ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat