‘Dulu Bob selalu lukis kereta terbang tak sangka rupa-rupanya Bob peramal masa depan.’
Panorama lukisan di bawah tajuk ‘Wawasan 2020’ semasa kelas seni yang memperlihatkan kereta terbang mungkin bukan angan-angan semata dengan Amerika Syarikat (AS) bakal memperkenalkan peraturan teksi terbang.
Difahamkan bahawa Federal Aviation Administration (FAA) AS sedang mengusulkan cadangan peraturan penerbangan teksi terbang komersial yang dijangka menjadi realiti menjelang pertengahan dekad ini.
Umumnya, sejak pengenalan electric vertical takeoff and landing aircraft (eVTOL) ia telah mengubah landskap pengangkutan udara kepada lebih komersial.
Kelebihan yang terdapat pada eVTOL yang terbang pada altitud rendah menarik minat perhatian dunia dan terdapat usaha-usaha syarikat penerbangan mahu komersialkannya termasuk di Malaysia.
Buat masa ini syarikat penerbangan menggunakan pesawat yang berkuasa elektrik seperti eVTOL untuk membawa pelancong ke lapangan terbang atau perjalanan singkat antara bandar bagi mengelak trafik.
Lantaran itu, FAA dilaporkan sedang mencadangkan usul untuk mendefinisikan semula peraturan operasi ‘powered-lift’ bagi membenarkan syarikat penerbangan menambah teksi terbang pada perkhidmatan mereka.
Menurut kenyataan FAA, peraturan takrifan ‘powered-lif’ bakal menjadi batu asas yang membolehkan pengendali menggunakan pesawat angkat berkuasa.
Ia secara tidak langsung juga boleh membenarkan juruterbang dan menjadi kelulusan operasi untuk menerbangkan eVTOL sebaik berkuat-kuasa.
Sungguhpun begitu, tempoh masa yang diambil untuk usul tersebut menjadi peraturan rasmi bakal memakan masa dengan Pemangku Pentadbir FAA menjelaskan kemungkinan eVTOL menjadi komersial selewat-lewatnya 2025.
Tambahnya lagi bahawa perkhidmatan penerbangan tersebut untuk dikomersialkan turut bergantung kepada tahap keselamatan eVTOL dalam beberapa siri ujian.