Ini Bukti Ekonomi Eropah Makin Kukuh!

370

Penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan dari Zon Eropah dan UK, menghiasi sesi dagangan Eropah yang menunjukkan bacaan bercampur-campur pada bulan Mei.

Kegiatan ekonomi di Perancis terus meningkat, dengan sektor perniagaan menunjukkan pengembangan paling kuat sejak Julai 2020. Sementara kenaikan dalam aktiviti perkilangan pula adalah yang tertinggi dalam tempoh 20 tahun.

Peningkatan ini telah disokong oleh aliran masuk pesanan baru yang melonjak ke paras tertinggi 15 tahun susulan optimisme perniagaan yang meningkat.

Bagaimanapun, pembacaan data dari ekonomi terbesar Eropah, iaitu Jerman memaparkan bacaan sebaliknya. Walaupun aktiviti pembuatan menunjukkan pengembangan pada bulan Mei, tetapi turun sedikit dari bacaan sebelumnya.

Secara keseluruhannya, aktiviti ekonomi di Zon Eropah masih berada pada tahap yang kukuh walaupun sektor pembuatan menunjukkan pertumbuhan yang lebih perlahan pada bulan Mei.

Sementara itu, pasaran turut diperlihatkan dengan bacaan data dari UK yang memperlihatkan pertumbuhan memberangsangkan. Aktiviti perkilangan menguat, seiring dengan peningkatan output, pesanan baru dan pekerjaan yang mendadak susulan lebih bayak pelonggaran sekatan dibuat.

Aktiviti perniagaan pula meningkat lebih tinggi walaupun sedikit tersasar daripada jangkaan. Pembacaan ini juga menunjukkan pengembangan terbesar dalam sektor perkhidmatan sejak Oktober 2013.

Tuntasnya, aktiviti ekonomi di Eropah terus berada di tahap yang kuat pada bulan Mei walaupun terdapat beberapa sektor yang menunjukkan pertumbuhan yang perlahan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat