Ini Cara Baca Data Ekonomi Di Forex Factory

10,545

Trader mesti tahu kan Forex Factory?

Ye lah. Kalau nak tahu pasal data-data yang akan dikeluarkan, wajib tengok Forex Factory dulu sebab ia akan memberi kesan kepada pasaran mata wang.

Tapi, ada juga di kalangan trader yang tak tahu atau kurang faham bagaimana nak baca data yang disediakan di platform tersebut.

Mari sini, INTRADAY jelaskan!

Pada kalendar ekonomi, data yang dikeluarkan akan menggambarkan acara berita yang berimpak tinggi (merah), sederhana (jingga) dan rendah (kuning).

Kebiasaannya data berimpak tinggi akan memberi kesan besar kepada pergerakan mata wang tersebut.

Merujuk gambar di atas, acara untuk keputusan mesyuarat dasar FOMC berwarna merah, yang bermaksud ia memberi impak besar pada mata wang US dolar. Jadi, pelabur boleh jangkakan akan berlaku pergerakan besar pada US dolar dan pasaran mata wang.

Sementara ucapan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Janet Yellen pula berwarna jingga, yang bermaksud ia memberi kesan sederhana kepada pasaran.

Kemudiannya, data akaun terkini (current account) AS berwarna kuning yang bermaksud, ia memberi impak rendah atau tiada impak langsung ke atas mata wang.

Seterusnya, perhatikan sekali lagi gambar di atas. Apakah maksud untuk ‘actual’; ‘forecast’; ‘previous’?

Actual atau sebenar, adalah bacaan sebenar atau semasa kepada data yang baru dikeluarkan pada hari tersebut.

Forecast atau ramalan, adalah jangkaan kepada data yang akan dikeluarkan.

Sementara previous atau sebelum, adalah bacaan yang dicatatkan sebelumnya (minggu, bulan, suku tahunan).

Sekiranya bacaan sebenar yang dicatatkan adalah lebih tinggi daripada yang diramalkan atau sebelumnya, ia boleh memberi impak positif kepada mata wang.

Namun, tidak semua data mempunyai kesan yang sama terhadap pasaran, kerana ia bergantung kepada jenis data yang dikeluarkan.

Contoh, data tuntutan pengangguran (unemployment claims). Jika bacaan yang dicatatkan meningkat daripada jangkaan atau sebelumnya, ia memberi impak negatif kepada mata wang USD.

Ini kerana, tuntutan pengangguran yang meningkat menandakan ramai yang tidak bekerja, oleh itu ia tidak bagus untuk ekonomi AS.

Sebaliknya, jika bacaan menurun daripada jangkaan dan bacaan terdahulu, ia memberi kesan positif kepada mata wang USD.

Kesimpulannya, trader perlu tahu untuk baca data ekonomi di Forex Factory bagi membantu menjangkakan kesan terhadap sesuatu mata wang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat