Ini Cara Ketahui Pasaran Berisiko Atau Tidak, Hanya Dengan ‘Menjeling’ Carta AUD/USD

2,519

Tahukah anda bahawa carta harga pasangan mata wang AUD/USD boleh diperhatikan untuk menilai sentimen semasa pasaran sama ada dalam mod ‘risk-on’ atau ‘risk-off’?

Ini adalah disebabkan perbezaan sifat antara kedua-dua mata wang tersebut iaitu US dolar dan dolar Aussie.

US dolar yang bersifat safe-haven kebiasaannya akan memiliki kelebihan untuk mengukuh ketika suasana pasaran yang berisiko atau risk-off.

Jadi trader boleh perhati apabila terdapat sahaja berita berkenaan isu yang boleh mengganggu pasaran global seperti pandemik, perang geopolitik dan lain-lain, akan menyokong permintaan terhadap US dolar sekaligus membuatkan nilainya melonjak.

Sebaliknya, mata wang dolar Aussie akan melemah ketika itu ekoran tarikan terhadapnya semakin menurun.

Namun, jika suasana pasaran kembali pulih (risk-on), dolar Australia pula akan mengukuh dan dapat diperhatikan US dolar melemah susulan para pelabur melepaskan pegangan terhadapnya.

Selain itu juga, Australia (dan New Zealand) merupakan negara yang sangat bergantung rapat dengan China sebagai rakan dagangan utamanya.

Sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia selepas Amerika, sebarang ketidaktentuan yang melanda ekonomi China boleh mencetuskan kebimbangan dalam pasaran global.

Disebabkan itu jugalah, apabila terdapat berita yang tidak menyenangkan di China dan membuatkan sentimen pasaran berisiko, dolar Australia akan mula melemah.

Pergerakan dolar Australia kebiasaannya seiring dengan dolar New Zealand ekoran faktor rakan serantau dan memiliki profil mata wang yang sama.

Secara kesimpulannya, jika anda melihat penurunan harga sedang berlaku pada carta AUD/USD tanpa ada data-data ekonomi yang diterbitkan, kebarangkalian besar sentimen pasaran sedang berisiko atau terdapat sesuatu isu berlaku yang sedang mengganggu pasaran.

Sebaliknya jika harga pada carta AUD/USD pamerkan kenaikan, berkemungkinan pasaran sedang dalam keadaan positif ketika itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat