Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada dagangan Rabu semalam telah berjaya paparkan kenaikan pada sesi Eropah.
Namun momentum kenaikan tersebut gagal dikekalkan untuk pelabur menyaksikan penurunan semula harga pada sesi New York.
Kewaspadaan pelabur terhadap US dolar menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) memberi ruang untuk peningkatan Pound bagi melonjakkan harga pada carta GBP/USD ke paras ketinggian sekitar 1.35900.
Namun, kenaikan gagal diteruskan dan situasi penurunan harga dilihat didorong oleh peningkatan pada hasil perbendaharaan AS yang telah menyokong semula pergerakan US dolar dalam pasaran.
Pelabur bakal menantikan ucapan oleh Gabenor Andrew Bailey serta data pertumbuhan ekonomi UK bagi menilai pergerakan Pound pada penutup dagangan minggu ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-inflasi-as-jadi-tumpuan-102
Harga telah kembali susut ke paras sekitar 1.35300 di penghujung sesi New York, dan pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) semula memberi isyarat bearish.
Penurunan harga yang diteruskan bakal menyaksikan paras sokongan pada 1.35000 bakal diuji sekali lagi seperti penurunan yang berlaku di awal minggu.
Sekiranya paras tersebut gagal untuk membendung kejatuhan harga, penurunan lebih rendah dijangka untuk menuju ke paras sasaran tumpuan sebelum ini sekitar 1.34000 dan juga zon support 1.33600.
Namun tidak mustahil untuk harga bakal membuat lonjakan semula bagi menyambung corak positif harga seperti minggu lalu sekiranya US dolar terus melemah.
Kenaikan harga perlu mengatasi paras ketinggian yang dicapai Rabu semalam untuk memberi isyarat bagi corak kenaikan harga yang lebih jelas.
Kenaikan harga yang diteruskan dan berjaya melepasi ketinggian dicapai minggu lalu ketika reaksi terhadap keputusan mesyuarat bank pusat England, akan mendorong harga menuju zon tumpuan seterusnya sekitar 1.36500.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG