Ini Dia! Faktor Yang Mempengaruhi Pasaran Menjelang Hujung Minggu

371

Suasana pasaran kekal suram yang dipengaruhi oleh ketegangan antara Rusia dan negara Barat serta sikap hawkish bank pusat, memberi sokongan buat US dolar untuk terus menguat.

Amerika Syarikat telah meningkatkan lagi hukumannya terhadap Presiden Vladimir Putin dengan mengenakan sekatan pada Sberbank Rusia dan Alfa Bank serta menyekat pelaburan di negara itu oleh syarikat AS.

Sementara itu, Kesatuan Eropah (EU) dikatakan telah menyokong untuk mengharamkan import arang batu Rusia yang akan mula berkuatkuasa pada pertengahan Ogos, menurut dua sumber yang memberitahu Reuters. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada laporan yang mengesahkannya secara rasmi.

US dolar kekal didagangkan mengukuh di paras ketinggian hampir dua tahun yang membenam mata wang utama lain untuk terus melemah ketika pasaran menuju penghujung minggu.

Bacaan data tuntutan faedah pengangguran AS adalah positif, dengan sebanyak 166,000 tuntutan telah dicatatkan pada minggu lalu daripada 171,000 yang direkodkan sebelumnya.

Mata wang euro terus didagangkan rendah pada sesi Asia meskipun telah diperlihatkan dengan laporan minit mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) yang bersedia untuk menamatkan program pembelian bonnya pada suku ketiga.

Hal ini sekali gus dilihat akan membuka peluang kepada kenaikan kadar faedah yang lebih cepat oleh pelabur.

Di sisi lain, dolar Aussie kekal suram selepas menghapuskan keuntungan yang diraihnya pada minggu ini susulan kenyataan hawkish daripada Bank Pusat Australia (RBA) pada mesyuarat polisi baru-baru ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat