Ini Dia Pergerakan Harga Minyak Menjelang Mesyuarat OPEC

412

Dagangan minyak mentah stabil ketika pasaran sesi September dibuka, dengan para pelabur kini menunggu mesyuarat OPEC+ yang akan membincangkan mengenai pengeluaran pada hari ini.

WTI Amerika Syarikat didagangkan meningkat pada $69 setong, sementara dagangan minyak mentah Brent pula menokok di sekitar harga $72.10 setong ketika pasaran menuju ke pembukaan sesi Eropah.

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, Rusia atau dikenali OPEC+ dijangka akan meratifikasikan rancangan untuk menambah pengeluaran sebanyak 400,000 tong sehari pada bulan Oktober.

Sementara itu, laporan pada hari Selasa dari Institut Petroleum Amerika (API) menunjukkan penurunan inventori minyak mentah AS yang lebih daripada dijangkakan dengan berkurang sebanyak 4 juta tong pada minggu lalu.

Setelah menyaksikan bacaan yang memberangsangkan ini, pelabur kini mengharapkan data rasmi yang akan dikeluarkan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) turut menunjukkan pengurangan dalam bekalan minyak mentah AS.

Dalam pada itu, 94% pengeluaran minyak dan gas asli di Teluk Mexico masih ditangguhkan setelah dilanda Taufan Ida pada hujung minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat