Ini Fakta Perlu Diketahui Pemilik ETH Menjelang ‘London Hard Fork’!

1,321

Aset kripto Ethereum merupakan antara aset kripto yang menjadi kegemaran ramai. Semenjak dua ini, ia telah mencatat prestasi yang memberangsangkan dengan menunjukkan kenaikan ketara. Dalam masa 7 hari ini, ETH telah naik 14.88% kepada paras harga $2,618.19.

Pada hari ini, ETH semakin pendapat perhatian kerana terdapat peristiwa yang tidak dijangka iaitu ‘London Hard Fork’ akan berlangsung pada blok 12,965,000. Ini merupakan peristiwa yang dinanti-natikan dalam pelabur ETH dan setakat ini 70% daripada nod telah sedia untuk perkara ini.

Data ethernodes mendedahkan maklumat bahawa 70% daripada nod Ethereum sedia untuk ‘London Hard Fork’ yang akan berlaku. Berdasarkan laman blog rasmi erbaru dari Ethereum, ‘London Hard Fork’ akan berlangsung pada blok 12,965,000.

Untuk serasikan dengan peningkatan ini, ngendali nod perlu mengemas kini platfor versi pengguna. Pada dasarnya, versi yang menyokong London di mainnet Ethereum adalah Besu 21.7.1, OpenEthereum v3.3.0-rc.4, sebelumnya dikenali sebagai Parity, dan EthereumJS VM v.5.5.0.

Untuk pengetahuan, hard fork London merupakan permulaan kepada naik taraf EIP-1559 yang telah dijadualkan bersiaran pada 4 Ogos pada blok 12965000.

Seperti yang diharapkan oleh pengikut Ethereum, EIP-1599 dapat mengurangkan kos gas. Pada masa yang sama penambahbaikan ini juga akan menyaksikan kos transaksi dibakar, sekaligus akan memberi kesan kepada bekalan Ethereum dari masa ke semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat