Ini Faktor-Faktor Yang Pengaruhi Pergerakan Turun Naik USD/CAD

366

Pasangan mata wang USD/CAD menarik perhatian pelabur dengan beberapa faktor memberi kesan kenaikan dan penurunan harga dalam tempoh yang singkat.

Jom kita teliti faktor-faktor berikut.

Pertamanya, penurunan harga pada carta USD/CAD adalah didorong oleh penyusutan US dolar selepas kenyataan bernada dovish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell untuk petunjuk bagi mengekalkan dasar yang longgar walaupun kadar inflasi mencatatkan peningkatan.

Kemudiannya, dolar Kanada mengukuh pada sesi New York selepas keputusan mesyuarat dasar bank pusat Kanada (BOC) kekal menyokong pergerakan dolar Loonie.

BOC mengekalkan kadar faedah tidak berubah selain meneruskan pengurangan pembelian aset (tapering) mingguan daripada 3 bilion kepada 2 bilion.

Namun, bersambung pada dagangan hari ini (Khamis), harga dilihat kembali meningkat semula dipercayai didorong oleh penyusutan semula dolar Kanada yang terkesan oleh ketidakstabilan pasaran minyak mentah.

Negara-negara pengeluar minyak utama dilaporkan bakal meningkatkan tahap pengeluaran minyak membuatkan pelabur bimbang situasi bekalan yang berlebihan dalam pasaran boleh menjejaskan harga minyak mentah.

Setelah penurunan harga pada carta USD/CAD semalam mencecah paras sekitar 1.24250, harga kembali melonjak semula sekitar 120 pips melepasi paras 1.25000.

Bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk isyarat bullish, harga telah meningkat ke paras 1.25500 di sesi Asia sebelum susut ke paras 1.25200 pada awal pembukaan sesi Eropah.

Kenaikan harga yang diteruskan bakal menguji zon rintangan pada 1.26000 yang turut diuji pada minggu lalu namun gagal ditembusi.

Sementara jika harga kembali membuat penurunan semula di bawah paras 1.25000, antara paras tumpuan yang bakal diuji adalah pada 1.24400 dan paras 1.24000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat